One World Religion Untuk Siapa

Dengan gembira mereka menepuk tangan kononnya mereka berjuang untuk mempertahankan kebebasan bahkan tidak dapat menangkap seluruh gambaran tentang apa yang mereka perjuangkan.

Apabila seseorang bercakap tentang ketuhanan mahupun sunnah rasul maka mereka ini akan marah dan di tentang habis-habisan malah di penjarakan kononnya mereka ‘pengganas’ dan amat bahaya sekali. Kini timbullah pula pernyataan mereka tentang The New World Order. Mereka menyatakan The New World Order adalah tentang politik dan bukan kaitan dengan keagamaan dan inilah muslihat dan penipuan dari mereka. Bagaimanakah New World Order ini adalah politicalizationagama dan bahawasanya kedua ini tidak boleh dan tidak dapat dipisahkan.

Dialah ( Pope ) yang dikatakan Nabi Palsu akhir zaman sepertimana yang telah banyak disadari oleh orang-orang Barat,kepercayaan mereka terhadap pemimpin agama ini sudah pudar dan kepalsuannya kini semakin menyerlah. Tujuan dari New World Order yang dirancangkan mereka adalah untuk membawa Lucifer turun ke bumi dan menegakkan seluruh dunia menyembah Dia sebagai Tuhan. Syaitan yang bertopengkan manusia ini akan menerapkan dan menegakkan ibadah di seluruh dunia bahawasanya Lucifer sebagai Tuhan.

Sebagaimana yang kita (umat Islam) yakini bahawasanya Nabi Isa a.s kelak akan turun ke bumi dan akan membunuh Dajjal laknatullah. Dari sini dapatlah kita lihat betapa kelam kabutnya Dajjal sejak dari dahulu lagi memesongkan agama Kristian sehabis-habisnya dan kemudian hendak memesongkan Islam pula mengikut perancangannya. Tetapi perancangan ALLAH lebih halus pula. Kelompok yang occultic memanggilnya “ The One ” atau “God of Light“. Mereka menyatakan yang Dajjal akan turun ke bumi dari syurga.

Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah mengenai The New World Order ,pengendalian undang-undang diktator. Tidak hanya Amerika tetapi perintah yang akan memerintah atas seluruh dunia sebagai Reich 4. Ini adalah tentang kerajaan di seluruh dunia dan pengendalian media massa. Ini adalah tentang satu pemimpin bangkit untuk memuat kuasa dan kawalan atas semua kerajaan dunia dan bangsa-bangsa. Dan untuk apa? Ibadah!. Bukan hanya untuk memimpin dunia empayar diktator , tetapi harus disembah sebagai Tuhan. Dengan New World Order anda akan mengerti apa yang benar-benar adalah mengabaikan aspek keagamaan.

Kemanakah arahnya yang disebut ‘One World Government‘ ini dan yang akan memimpinkan pula ‘One World Religion‘ . Dan yang akan berdiri di belakang satu kerajaan ini pula adalah mereka-mereka yang benar-benar menentang kebangkitan Islam. Meraka nampakkan Islam ini sebagai pengganas dan mereka cuba pula menguasai hasil bumi dari negara Islam, hinggakan Umat Islam merempat di negara sendiri. Maseh mahukah kita menyokong mereka ini? Tetapi mereka melalui jarum halus melakukannya tanpa kita sadari, mereka menguasai ekonomi hinggakan kita seperti tercucuk lubang hidung mengikut telunjuk mereka. Tidak sadarkah lagi kita ?

Pemimpin Order Baru Dunia ini mempunyai kuasa perundangan atas bangsa-bangsa dan memaksa kita untuk mematuhi Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan mereka.

Mereka menguasai politik,mereka menguasai ekonomi,mereka menguasai perundangan,segalanya melalui pengesahan mereka. Mereka memacakkan tugu-tugu peringatan agar kita menyanjung mereka,agar kita menyembah mereka, sekelumit ilmu dunia di sahkan mereka hinggakan menyelimuti tubuh badan kita dengan pakaian mereka bahkan pakaian keagamaan kita dihiasi dengan corak mereka dan nama suci bagi kita diselindungkan sehingga dipijak-pijakkan kita tanpa kita sadari hingga hilanglah keagamaan yang sebenarnya tanpa rasa peduli dalam kehidupan yang mencabar ini.

Menyembah binatang ini akan dipaksakan melalui undang-undang di seluruh dunia. Dan siapa pun yang menolak untuk membungkuk pada gambar ini, kelak akan dibunuh mereka. Ini akan menjadi wajib hukuman mati bagi mereka yang menolak.

Di dalam satu hal yang lain pula mengenai sistem perundangan yang akan dilaksanakan dan dikuat-kuasakan di seluruh dunia ialah bahawa setiap orang yang lahir akan diberi satu implan untuk mendapatkan nama, nombor yang akan dipakaikan di tangan mereka ataupun dahi. Kebanyakan orang percaya bahawa ini akan menjadi semacam‘implantable cip’ sebagaimana yang mereka mempengaruhi media massa mengenai kebaikan kesihatan dan aspek-aspek pengguna untuk memperoleh penerimaan dan populariti.

Akhirnya, tanda dan nombor ini akan menjadi wajib. Mereka yang menolak akan hal itu tidak akan dapat membeli atau menjual apapun di seluruh dunia. Anda tidak akan mampu membeli makanan, peralatan keperluan malah untuk mengeluarkan duit dari bank sekalipun anda benar-benar diwajibkan untuk memiliki cip ini untuk meneruskan kehidupan anda.

Tetapi ramai akan membantah sepertimana hari ini,manusia sudah mulai nampak akan kebenaran kehidupan beragama. Hal seperti ini akan nampak secara terang-terangan manusia menyembah sesuatu yang lain dari Tuhan yang menjadikan di mana kelak akan dilemparkan ke dalam api yang menyala. Sungguhpun kamu telah mati yakni mengalami kematian fizikal tetapi roh kamu masih hidup dan ini adalah penghakiman bagi mereka yang menyembah binatang itu dan bergabung dengan kerajaan syaitan di bumi. Selepas kematian fizikal mereka di Bumi, mereka dilemparkan hidup-hidup ke dalam lautan api yang menyala.

Mereka yang mengendalikan New World Order sebahagian besar kerajaan dunia hari ini menyatakan bahawa untuk menjadi seorang warga negara akhirnya akan terkena sumpahan Iblis yang dilaknat ini.

Di dalam hal ini David Spangler, Director of Planetary Initiative, United Nations telah menyatakan langkah-langkah pelaksanaan ini :
“Tak seorang pun akan masuk ke New World Order kecuali dia akan membuat janji untuk menyembah Iblis. Tidak ada yang akan masuk ke dalam New Age kecuali dia akan menerima pembaharuan perancangan Dajjal ini.”

Di antara semua perubahan yang menetapkan perundangan global dan peperangan yang berlaku untuk menyesuaikan Tata Dunia Baru ini banyak yang menghadapi aspek yang paling dominan, iaitu alam ghaib dan keagamaan.

The New World Order adalah tentang agama. Ia adalah tentang penyembahan Iblis.

‘Save the earth’ untuk siapa?

THE NEW AGE MOVEMENT ( NAM )

New Age

Agenda Zaman Baru ialah untuk membawa perdamaian ke dunia setelah masuk ke zaman Age of Aquarius.

Di sinilah letak godaan terakhir The AntiChrist , ditawarkan kepada seluruh dunia. Kita dipersiapkan bersama dunia untuk menerima kedatangan Anti-Christ dan untuk memasuki Zaman Aquarius, sehingga membentuk New World Order.

Sebahagian besar daripada kita melihat Gerakan Zaman Baru ( New Age Movement )sebagai usaha untuk menemukan kembali tradisi spiritual kuno dan mencari alternatif untuk hari nihilistik, budaya mainstream. Namun, ada kontroversi besar tentang di mana ajaran ini memimpin manusia.

Gerakan yang sangat menonjol dalam politik hari ini, New World Order, mempunyai banyak persamaan dengan New Age Movement dalam tujuan persatuan, kesatuan, dan idealnya perdamaian. Namun, hal itu juga menunjukkan kemahakuasaan sekelompok manusia ke atas seluruh umat manusia. Sudah ada langkah-langkah yang diambil ke arah itu seperti Bank Dunia dan North American Free Trade Agreement. Adakah kumpulan-kumpulan ini mempunyai tujuan baik? Adakah mereka membawa kita ke arah yang benar, atau hanya berusaha untuk mengatur dunia untuk keuntungan mereka?

Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjejaki kemungkinan New Age Movement yang digunakan sebagai perantara untuk membawa tentang ketidakpedulian dan penerimaan global diperlukan untuk membuat The New World Order.

“The New Age sebenarnya adalah Gerakan Spiritual Aliran Bebas, sebuah rangkaian kepercayaan dan pengamal yang mirip kepada perkongsian kepercayaan dan amalan, yang mana mereka menambahkan ke formal agama manapun yang mereka ikuti. Tidak Ada batasan di lapangan New Age.”

Diantara keyakinan dasar para pengikut New Age yang sering membuat ikatan diantara mereka adalah menafikan Tuhan yang menjadikan.

Douglas R. Groothuis, pengarang Unmasking the New Age dan Confronting the New Age, mengenalpasti enam pengkhususan pemikiran Zaman Baru:
(1) semua adalah satu;
(2) semua adalah Tuhan;
(3) kemanusiaan ialah Tuhan;
(4) perubahan dalam kesedaran;
(5) semua agama adalah satu; dan
(6) harapan yang baik bagi evolusi kosmik.

Norman Geisler menerangkan lagi butiran 14 asas “doktrin” agama-agama Zaman Baru:
(1) dewa impersonal (gaya);
(2) alam semesta yang kekal;
(3) sifat yang ilusif masalah;
(4) sifat kitaran kehidupan;
(5 ) perlunya kelahiran semula;
(6) evolusi manusia menjadi Godhood;
(7) wahyu terus dari makhluk luar dunia;
(8) identiti manusia dengan Tuhan;
(9) keperluan untuk meditasi (atau lain-perubahan kesedaran teknik);
(10) amalan-amalan klenik (astrologi, media, dll);
(11) vegetarian dan holistik kesihatan;
(12) pasifisme (anti-perang atau kegiatan);
(13) satu dunia (global) order; dan
(14 ) sinkretisme (kesatuan semua agama)

One World Religion Gets New Name: “Multifaith”

You heard it here first…”interfaith” is out, “multifaith” is in

Multifaith

Di sebelah dunia barat, penganut agama Kristian,islam dan yahudi seringkali duduk bersama membincangkan tentang hala tuju dunia baru ,mereka mendengarkan ceramah dari pendeta agama masing-masing bagi membincangkan kononnya permasaalahan dunia hari ini, bagaimana untuk mengatasinya. Kesempatan ini diambil bagi menyelesaikan permasaalahan antara umat sedangkan permasaalahan demi permasaalahan yang direka cipta di mana umat dari berbagai penganut agama ini seringkali bertelagah yang akhirnya kini mereka mengambil kesempatan pula untuk menyatukan semua agama menjadi satu. Lihatlah, mereka mencadangkan Order Baru Dunia dan seiring dengan itu timbul pula ‘New Age Movement’ yang mengenepikan Tuhan Pencipta dan kini datang pula kepada ‘MultiFaith’. Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mendapat kesefahaman tentang agama Global hari ini.

Bayangkan setiap kali perjumpaan di antara pemuka-pemuka agama ini, seringkali akan ada luahan perasaan yang inginkan tentang ‘satu agama’, kononnya tentang kebenaran di dalam kehidupan yang menjaminkan keselamatan hidup di dunia. Tidak kurang juga ucapan dari Pope Benedict yang minta mencari jalan penyelesaian dan menyeru gereja-gereja agar mendapat idea mewujudkan persefahaman antara agama ini.

Abad ke-21 ini menyaksikan versi ‘Agama Satu Dunia’ telah dirasmikan. Ianya telah dikemaskini melalui namanya. “Interfaith ‘- tetapi tidak begitu popular dan kini keluar pula ” Multifaith “- yang nampak lebih sesuai ‘All For one and One For All’ – Semua untuk satu dan satu untuk semua. Pergilah mereka ke gereja ‘ Kristian ‘ dan kemudian akan pergi pula ke ‘Masjid’ dan kemudian itu, semua orang akan pergi bersama-sama ke kuil Yahudi. Bagus sekali! Maka dengan perlahan pula akhirnya nanti semua penganut agama akan disogokkan pula persediaan menerima kedatangan yang dinanti-nantikan.

Kita perhatikan hadis ini semoga diberi kita kesedaran yang berkekalan dan dijauhkan Tuhan dibolak-balikkan hati kita dan pelihara akan Tanah Air yang tercinta ini…

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” – H.R. Muslim
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s