Permulaan Penguasaan Minda

Artikel-artikel di dalam MistisFiles kebanyakannya berkisarkan perkara-perkara yang berselindung di balik senario dunia hari ini. Ia ibarat program virus yang berjalan senyap-senyap dalam sesuatu aplikasi komputer. Sebahagiannya memperihalkan secara terperinci kegiatan Al-Masih Ad-Dajal secara teknikal, di ulang; secara teknikal. Kita diberitahu secara gambaran kasar tentang kemunculan Dajal di mana setiap nabi dan rasul yang pernah wujud di muka bumi diperingatkan tentang bahaya fitnah Dajal(atau dikenali sebagai AntiChrist oleh orang Kristian). Persoalannya siapakah Dajal?Apakah bentuk fitnah yang dibawanya?Apakah taktik dan strategi Dajal?Dajal pernah berkata dia ingin menguasai dunia ini. Dia ingin menjadi Tuhan.

Tetapi bagaimana?MistisFiles akan membawa anda jauh ke dalam pusaran konspirasi Sang Dajal. Kami akan membawa anda mengembara jauh kepada sejarah, kepercayaan, pegangan, ideologi, pembohongan, aktiviti, strategi dan plan besar si Dajal Laknatullah ini ke atas bumi. Dajal telah menggunakan pelbagai kepercayaan pagan seperti penyembahan bintang sirius, orion dan juga matahari untuk memperdayakan manusia moden hari ini. Pelbagai konspirasi seperti para makhluk jin dan syaitan yang digambarkan seperti alien dan ‘makhluk pintar luar angkasa’, master race, tamadun yang hilang dan pelbagai lagi drama yang dimainkan oleh Dajal. Mangsanya, adalah kita termasuk rakyat Amerika yang malang, menjadi bahan eksperimen, bahan mentah, ‘patsies’ , kambing hitam, hamba suruhan dan pelbagai lagi konotasi yang kadang-kadang akal yang sihat tidak dapat menerimanya kenapa satu bangsa yang dikatakan cerdik pandai di Amerika boleh terjerumus ke dalam perangkap Dajal. Setiap tahun beribu-ribu kanak-kanak di Amerika hilang tanpa sebab. Anda harus menerima kenyataan ini. Apa yang dikatakan di dalam Al-Quran adalah amat-amat benar sekali. Ingat!Kami tidak menghidangkan semata-mata kepada anda istilah-istilah keagamaan; jika anda terlalu sekular dan prejudis terhadap kemurnian agama. Tetapi kami akan membentangkan anda secara teknikal, bukan sekadar teori ataupun khutbah agama, secara sains dan teknologi, bukan sekadar hadis-hadis, firman dan sabda (jika anda seorang sekularis tulen dan pekat; yang pesimis terhadap agama khasnya Islam) ini adalah hadiah untuk anda. Berfikirlah sebentar, renung-renungkan. Selamat Datang ke Dunia Pemikiran Baru…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s