Konspirasi Dajjal

Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

Cara Dajjal Mencari Imam Mahdi

Artikel kali ini akan menghujahkan gabungan maklumat-maklumat berikut :

  • Teori kaedah pilihan Dajjal
  • Pencarian Imam Mahdi
  • Sistem pengecaman wajah berkomputer
  • Programming Language, Operating System dan Windows
  • Peranan manusia dan jin

 

Pengenalan

Artikel sebelum ini saya ada menerangkan bagaimana Dajjal mencari anak-anak kecil yang dikira bakal Imam Mahdi. Pada artikel tersebut ia hanya menerangkan satu kaedah sahaja iaitu ‘menghapuskan bakal-bakal Imam Mahdi’

Kali ini kita lihat pula kepada satu kaedah lain yang mungkin digunakan Dajjal (melalui agen-agennya) untuk mencari dan menghapuskan Imam Mahdi.

* Kaedah pencarian ini sekadar teori untuk mengesan cara Dajjal mencari Imam Mahdi.

Cara tersebut ialah penggunaan Face Recognition Technology (Teknologi Pengenalan Wajah).

Dajjal menggunakan teknologi yang telah dikembangkan ini untuk mencari Imam Mahdi. Teknologi ini mula-mulanya digunakan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat tetapi ianya dikembangkan menjadi sesuatu yang komersial.

Melalui beberapa ciri pada wajah kita, sistem ini boleh mengesahkan siapakah orang itu. Sistem akan mengimbas wajah dan menyimpannya di dalam database. Kemudian database akan melakukan kerja konfugurasi penyesuaian dengan data-data sedia ada. Dalam beberapa saat sahaja komputer akan memaparkan identiti lengkap orang tersebut.

Kegunaan FRT Dalam Pencarian Imam Mahdi

Bagaimana mahu mencari Imam Mahdi jika namanya bukan Imam Mahdi? Ini bukanlah suatu yang sukar. Untuk mencari Imam Mahdi menggunakan teknologi FRT, Dajjal memerlukan 2 sumber utama iaitu manusia dan jin.

Manusia dan Jin

Kedua-dua makhluk ini mempunyai peranan masing-masing untuk membantu Dajjal mencari Imam Mahdi. Pencarian Imam Mahdi mungkin sudah bermula sejak seribu tahun dahulu. Namun mungkin cuma cara pencariannya sahaja yang berbeza dan mengikut perkembangan semasa masyarakat.

“Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.”
(An-Nas, 1-6)

 

#2 : Peranan Manusia

Agen-agen Dajjal akan bertindak mengumpul semua wajah-wajah manusia di seluruh dunia ke dalam suatu database yang besar. Cara mengambil identiti orang ramai termasuk negara-negara Islam adalah mudah.

Ianya boleh dilakukan dengan agen-agen ini menjual perisian FRT kepada kerajaan negara-negara dunia. Agensi yang bakal membeli perisian-perisian ini sudah pasti Jabatan-jabatan pendaftaran yang mengeluarkan kad pengenalan.

Perisian-perisian ini akan diformat oleh pembekal-pembekal agar semua database rakyat boleh diambil tanpa perlu meminta. Kepakaran teknologi sudah pastilah mudah kerana perisian ini akan dipasang dalamOperating System buatan Illuminati sendiri iaitu Windows.

Bayangkan seorang pencuri laptop dapat mengesan dan mecuri laptopyang telah dimatikan yang disimpan di dalam kereta. Pencuri hanya perlu menggunakan alat frekuensi.

(Tidak lama dulu, rancangan jenayah 999 di TV3 ada menghuraikan tentang jenayah mencuri laptop dan handphone dengan alat frekuaensi)

Sekiranya perisian FRT dibangunkan oleh orang Islam sendiri pun, Dajjal melalui agen-agen Illuminatinya mampu memecahkan database perisian. Mengapa?

Kita harus ingat, sejauh mana canggih pun perisian itu, ia harus dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer (programming language). Bahasa-bahasa ini dibina oleh jurutera-jurutera Yahudi yang genius.

Kita mungkin hanya didedahkan dengan sejarah pembinaan bahasa seperti Fortran, Borland C, C++, Cobol, BASIC dan sebagainya tetapi tidak untuk belajar cara membinanya.

#1: Peranan Jin

Muhammad Isa Dawud memberitahu Dajjal akan dibantu oleh Jin dan Syaitan dalam setiap operasi jahatnya. Maka peranan jin dan syaitan di sini pada pandangan saya ialah memberikan gambaran fizikal maklumat wajah keturunan Imam Mahdi.

Kemampuan Jin dan Syaitan dalam menampakkan diri kepada bentuk nyata dan berjisim adalah sesuatu yang sahih.

Dalam tafsir al-Qurthubi ada menyebut :

“Diriwayatkan bahawa, syaitan pada hari itu menampakkan diri kepada mereka dalam bentuk Suraqah bin Malik bin Ju’syam. Dia berasal dari Bani Bakr bin Kinanah. Orang-orang Quraisy sangat takut kepada Bani Bakr…”
Rasululllah SAW menegaskan Imam Mahdi adalah dari keturunannya sebelah Saidatina Fatimah. Ini bermakna semua anak-anak dari keturunannya salah seorang bakal menjadi Imam Mahdi.

Cuma keturunannya sekarang berselerak dan tidak dapat dikenalpasti secara sahih.

Satu-satunya makhluk yang boleh mengecam wajah-wajah keturunan Fatimah ialah Jin dan Syaitan. Mereka hidup lama beribu-ribu tahun. Jadi peranan mereka di sini ialah menukar jisim mereka menyerupai sebarang wajah-wajah anak-anak cucu Fatimah yang boleh dikenalpasti.

 

Penukaran Kepada Bentuk Ramalan Imam Mahdi

Melalui penukaran ke bentuk jisim fizikal ini, maka titik-titik wajah diambil dan disimpan ke dalam database. Semua wajah-wajah keturunan fatimah disimpan dengan tujuan menjadikan maklumat berikut sebagai sumber utama identiti.

Secara logiknya, wajah Imam Mahdi sudah pastilah mempunyai iras-iras dan ciri-ciri datuk neneknya. Maka fungsi database sumber utamaialah melakukan proses penyesuaian dengan database wajah-wajah manusia seluruh dunia.

Komputer sebagai pemutus pencarian akan memutuskan wajah manakah yang dikira 90% hampir sama dengan database sumber utama. Maka wajah-wajah tersebut atau individu yang dikira sama akan dihapuskan pada peringkat seterusnya.

Rasulullah SAW telah pun memberikan gambaran yang jelas tentang Imam Mahdi mengenai rupanya, fizikalnya dan keturunannya. Adakah mungkin Dajjal hanya duduk sahaja berdiam diri dengan maklumat sebegini?

 

Kesimpulan

Peranan sesuatu teknologi dalam strategi Dajjal biasanya dikaburkan dengan langkah mengkomersialkan teknologi tersebut. Orang ramai mungkin akan mempertikai kembali teori ini kerana FRT telah pun dikembangkan dengan banyakkan oleh syarikat-syarikat kecil dan besar. Maka dari situ orang ramai tidak nampak ada kerahsian sulit tentang objektif penggunaannya.

Kekaburan ini biasanya dibina di atas alasan “Keselamatan dari Pengganas”.

Wallahu’alam…

‘Bilderberg Group’ Dari Inspirasi Dajjal

Bilder Siapakah Bilderberg Group? Kumpulan ini ditubuhkan pada 1954 dan namanya diambil sempena nama sebuah hotel di Netherlands yang bernama Bilderberg. Kumpulan ini ditubuhkan oleh billionaire-billionaire antarabangsa dengan tujuan menguasai semua ekonomi kerajaan-kerajaan dunia. Mengikut suatu sumber, idea penubuhan Bilderberg Group adalah bermula pada saat perjumpaan dua kumpulan international billionaire conspirators iaitu Keluarga Rotchilds dari Britain dan KeluargaRockefeller dari Amerika Syarikat. Dua keluarga billionaire ini merupakan penguasa ekonomi dunia yang sebenar khususnya dalam industri kelengkapan peperangan dan carigali minyak (ExxonMobil). Tetapi idea penubuhan Bilderberg telah wujud sebelum 1954 lagi di mana ketua pengarang majalah Forbes iaitu B.C. Forbes, beliau mendedahkan suatu perjumpaan antara penguasa-penguasa ekonomi dunia telah dikenalpasti. Perjumpaan itu dihadiri oleh Henry Davidson, pengarah JP Morgan & Co., Frank Vaderlip, CEO National City Bank, Paul Warlberg, Pengarah Kuhn Loeb & Co, dan Piatt Andrew, Setiausaha Jabatan Kewangan Amerika. Pertemuan mereka dikenalpasti bertujuan membincangkan suatu plan strategi yang saintifik untuk sistem tukaran matawang Dollar Amerika. Individu berempat ini amat berkuasa dalam menekan ahli-ahli kongress Amerika supaya menerima sebarang saranan dan idea daripadaPersatuan Bank-Bank Antarbangsa Amerika. Semenjak penubuhan Bilderberg Group, terdapat beberapa perkara yang dilihat oleh pemerhati-pemerhati politik dunia tentang Bilderberg Group ini. Antara individu yang banyak mendedahkan berkenaan rahsia kumpulan ini ialah Adreas Von Retyi dalam bukunya yang bertajuk“Bilderberg: The Timetable of New World Order”. New World Order Buku ini mendedahkan;-

  • Mesyuarat Bilderberg di Jerman yang memutuskan untuk memilih Bill Clinton sebagai Presiden US.
  • Bagaimana Bilderberg mencipta krisis minyak dunia pada 1970-an.
  • Bagaimana Bilderberg meruntuhkan tembok Berlin di Jerman

Bilderberg Adalah Inspirasi Dajjal? Ya, kumpulan ini adalah kumpulan yang diarahkan oleh Dajjal kepada konco-konconya (keluarga Rotschild dan Rockefeller) untuk ditubuhkan. Bilderberg berperanan khusus dalam mengawal industri minyak dunia melalui syarikat-syarikat mereka iaitu ExxonMobil, Shell, Projet dan Caltex. Jika anda seorang yang sering membaca artikel-artikel berkenaan ekonomi, perjanjian carigali minyak, krisis ekonomi sejak 1900-an, anda akan dapati bahawa billionaire-billionaire tersebut adalah orang yang sama sehingga sekarang iaitu anak cucu Rotschild dan Rockefeller. Dan sekarang ini ialah David Rockfeller yang menguasai seluruh ekonomi dunia. Kesimpulannya, ekonomi dunia sejak 1740-an dikuasai oleh Empayar Rotschild (www.rotschild.com) hingga sekarang, manakala muncul pula satu lagi penguasa ekonomi iaitu Empayar Rockefeller(www.rockefellercenter.com) pada 1870-an, kedua-duanya keluarga Yahudi. Sesungguhnya, inilah bukti Dajjal adalah genius, bukannya seorang individu yang menyorok di gua, gunung dan bukit, kemudian berdiam diri menunggu hari kiamat. Semuanya telah diatur oleh Dajjal. Wallahu’alam…

Tanda Kafir Pada Dajjal Sudah Muncul??

Seorang bekas Pegawai Kanan Tentera Laut Amerika, iaitu Texe Marrs telah membuat suatu kajian mengenai hadith Rasulullah SAW yang berikut;

1. Dari Annas berkata Rasulullah;

“…Ketahuilah sesungguhnya dia (Dajjal) buta sebelah sedangkan Rabb kalian tidak buta.Dan sesungguhnya diantara kedua matanya tertulis KAFIR”.

(HR.Bukhari)

2. Dalam riwayat lain disebutkan :

“…Kemudian mengejanya (Kaf , Fa , Ra) semua Muslim dapat membacanya.”

(HR.Muslim dalam shahihnya kitab Fitan (18/59-SyarhImam Nawawi)

Menurut kajian Marrs, KAFIR yang dimaksudkan Rasulullah adalah suatu simbolik dan perlu diteliti dengan mendalam. Marrs berpendapatKAFIR yang dimaksudkan adalah pertubuhan CFR yang diasaskan pada 1921 di Washington, Amerika Syarikat. Marrs juga amat yakin dengan kajiannya kerana dia juga adalah bekas pegawai kanan tentera Amerika dan telah melihat pelbagai perancangan-perancangan rahsia kerajaan Amerika.

 

Logo pertubuhan CFR


Marrs telah membuat soal-selidik dalam webnya dengan meletakkan soalan berkenaan Dajjal ini seperti berikut:

15. In the Islamic religion the antichrist is said to be a one-eyed lying false Christ with what letters marked on his forehead?
A. D-E-V-I-L B. C.F.R. C. J-E-S-U-S D. M-O-S-E-S

Jawapannya : B

Berikut adalah keserasian huruf Kaf…Faa..Ra… dengan CFR.

Kaaf (Arab) = C (Inggeris) – dalam Inggeris konsonan “C” berbunyi seperti “K” apabila dibaca

Faa (Arab) = F (Inggeris) – vokal huruf Faa sama dengan Inggeris huruf ‘F’

Raa (Arab) = R (Inggeris) – vokal huruf ‘Raa’ sama dengan vokal Inggeris huruf ‘R’

Maka, KaFiR = CFR

Mengapa CFR dan Apakah CFR itu ?

(Gambar) Richard N. Haas, Presiden CFR, berbangsa Yahudi

CFR adalah singkatan daripada Council on Foreign Relationshipyang beribu pejabat di Washington, Amerika Syarikat. Pertubuhan CFR ditubuhkan pada 1921 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Pertubuhan ini adalah pertubuhan NGO orang-orang Yahudi terbesar yang berselindung disebalik matlamat kebajikan masyarakat.

Apa yang menyebabkan Texe Marrs mengatakan CFR adalah tanda Dajjal (antichrist)? Marrs amat yakin dengan kajiannya kerana semua ahli-ahli CFR adalah terdiri daripada presiden-presiden Amerika sejak 1920-an hingga sekarang. Selain itu, ia juga dianggotai oleh billionaire-bllionaire berbangsa Yahudi seperti Rockefeller dan Rotschild.

Semenjak penubuhan CFR pada 1921, dilihat dasar luar Amerika mula berubah. Antaranya ialah menyokong penubuhan negara Israel, membantu perpindahan masyarakat Yahudi ke Israel, penindasan Palestin, perang dunia kedua dan sebagainya.

Hatta, PBB juga ditubuhkan oleh ahli-ahli CFR yang berjawatan penting dalam kementerian eksekutif di Amerika. Dan perkara yang paling disyaki ialah sebelum berlakunya sesuatu peperangan ahli-ahli CFR akan bermesyuarat secara sulit di hotel-hotel terkemuka milik orang-orang Yahudi.

Perkara ini dapat dilihat pada beberapa hari sebelum tercetusnya Perang Iran-Iraq, Perang Teluk 1991, Perang Afghanistan, Perang Iraq dan terbaru ialah perang menentang Iran yang sedang di rancang.

CFR disyaki sebagai bayangan kepada pertubuhan Illuminati. Untuk mengkaburi mata masyarakat, CFR berkempen mempamerkan sifat kebajikannya terhadap isu-isu antarabangsa. Perkara-perkara ini, anda boleh baca di laman web rasminya .

Di laman ini anda akan melihat bagaimana artikel-artikel politik yang mengelirukan maklumatnya. Anda juga akan melihat bagaimana terdapat 2 orang Islam yang menganggotai CFR sebagai Manager Director iaituFouad Ajami dan Farid Zakaria.

Kedua-duanya penyokong penuh Amerika semasa berperang dengan Iraq dan mereka juga individu yang menulis artikel-artikel menghasut orang Arab menyokong dasar luar Amerika.

Menurut Myron Fagon dalam bukunya yang bertajuk “Pawn In The Game”, matlamat akhir CFR ialah One World Government. Matlamat ini semakin tercapai apabila tertubuhnya PBB selepas perang dunia ke-2. Jika diteliti betul-betul, PBB sebenarnya dikuasai oleh Majlis Keselamatan yang dianggotai 7 negara kuasa nuklear termasuk Jepun.

Mesyuarat Majlis Keselamatan pula tidak dihadiri oleh Presiden setiap negara tetapi dihadiri oleh Menteri-Menteri Luar Negeri (Foreign Minister) untuk memutuskan sesuatu perkara. Dan yang paling membimbangkan sekarang ialah semua menteri-menteri luar negeri itu adalah ahli bagi CFR sekarang ini.

Dan amat logik sekiranya Iran tidak dibenarkan mempunyai nuklear, kerana ia akan mengimbang kuasa dunia Islam dan Barat. Iran tak mungkin diambil sebagai ahli Majlis KEselamatan kerana ia akan menganggu matlamat CFR yakni Dajjal.

Kaedah akhir CFR melalui ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB ialah, para ahli-ahli majlis akan mencadangkan kepada dunia melalui suatu persidangan tentang perlunya semua kerajaan disatukan. Tujuannya supaya tidak lagi berlaku perbalahan antara dunia barat dan dunia Islam. Jika cadangan ini benar-benar muncul, agak anda siapakah yang akan dilantik menjadi Presiden Besar mengetuai semua kerajaan-kerajaan dunia nanti ?

Sejauh Mana Penguasaan CFR terhadap Negara Dunia?

Untuk menguasai dunia, CFR harus mempunyai ahli-ahli dikalangan negara Islam untuk membantu mencapai matlamat One World Government yang dibentuk pada 1784 di Perancis. Caranya ialah menubuhkan suatu lagi NGO yang dianggotai hanya oleh menteri-menteri dan billionaire-billionaire. Pertubuhan itu ialah Trilateral Commission.

Ahli-ahli TC adalah terhad dan tidak boleh dianggotai oleh semua orang. Ianya diasaskan oleh orang yang sama iaitu David Rockefeller 1973. Anggota TC meliputi semua korporat seluruh dunia, antaranya ialahPresiden Bank Dunia, Presiden Toyota, Presiden Panasonic, Presiden Fuji Xerox, bekas Penasihat Politik Presiden Indonesia (mungkin sebelum Bambang Susilo dan termasuk 2 orang Tan Sri dari Malaysia berstatus billionaire.

 

Pendedahan Maklumat Sulit CFR dan Trilateral Commission

Masyarakat barat dikurniakan Allah sifat suka mengkaji dan menyelidik, dan sekarang ini terdapat beratus-ratus laman web yang mendedahkan gerakan sulit tajaan Dajjal iaitu CFR, Trilateral, Bilderberg, Skull and Bones, New World Order, Illuminati dan sebagainya.

Salah seorang rakyat Amerika yang terkenal Alex Jones (pengarah filem) mendedahkan banyak maklumat tentang gerakan Yahudi di Amerika. Pendedahannya di luar batasan yang dibenarkan sehingga ia ditahan oleh pihak berkuasa Amerika.

Kesimpulannya, adakah pertubuhan-pertubuhan ini ditubuhkan secara kebetulan? mengapa setiap pengasas pertubuhan ini adalah dari keluarga yang sama iaitu cucu-cicit Rotschild dan Rockefeller? Jika anda peminat setia buku Muhammad Isa Dawud, anda pasti jumpa jawapannya dalam bukunya yang bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda”.

Wallahu’alam…

Jarum Israel Dari Singapura

Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?

Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura

Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara.

Namun sekarang ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura.

Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaituAsiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmerbiasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

 

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia

Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian

  1. Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus.
  2. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding.
  3. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.
  4. Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura.
  5. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan

Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia.
Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara.

Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

Michael Jackson Dibunuh Untuk Sekat Islam Berkembang??

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang.. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu”.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun.. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam. Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain . Di sana diamenjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain . Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun..

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA .

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia…

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba.. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubattersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ… Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan takdibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ
bukan seorang Islam.

(Sheikh
Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Konspirasi Selsema Babi Dunia (H1N1)

Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus SwineFlu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu, penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada. Daripada temuramah di dalam video berkenaan, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas. Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biological Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

Artikel konspirasi Selsema Babi
1. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1) – permulaan pembinaan virus di Amerika Syarikat
2. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2) – Projek senjata biologi Amerika dan virus.
3. Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3) – projek virus rahsia Israel yang diketahui Russia

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 1)

Permulaan Konspirasi Selsema Babi

Tidak ramai mahu melihat isu Swine Fludari sudut konspirasi melainkan seseorang itu sememangnya fanatik fakta konspirasi. Maka teori yang kami bentangkan ini, dikira sebagai agenda permulaan untuk menarik perhatian masyarakat tentang sebarang isu dunia. Semua laporan Swine Flu di akhbar dan TV adalah tepat dan amat meyakinkan dan tiada apa yang perlu dicurigakan. Cuma ada beberapa perkara yang tidak diberi perhatian. Perkara itu ialah … Empat hari sebelum terjumpanya kes Selsema Babi di Mexico, Pengarah Makmal Univerisiti Rockefeller iaitu Dr.Ralph Steinman telah diberi Anugerah Perubatan Albine. Anugerah tersebut diberi beserta saguhati USD500,000.

Steimen terpilih kerana sumbangannya dalam penerokaan dendretic cells malah seorang yang pakar dalam penyelidikan imunilogi dan Fisiologi Selular. Imunilogi adalah penyelidikan khusus dalam imunisasi (pencegahan penyakit) dalam bidang bio-perubatan. Kemungkinan Steimen dan rakan-rakannya akan diberi tanggungjawab palsu utk menangani gejalaswine flu. Mengapa Perlu Mencurigai Dr. Ralph Steinman? Kita perlu mencurigainya kerana beliau merupakan tenaga atasan diUniversiti Rockefeller, New York sedangkan kita sendiri sedia mengetahui David Rockefeller adalah antara penaja utama Perang Dunia Kedua. Tambahan pula, Rockefeller adalah antara individu yang dijangka akan hadir pada mesyuarat Kelab Bilderberg yang bakal berlangsung pada 14 Mei 2009 di Athens.

Selain bertugas di Universiti Rockefeller, Steinman juga memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Institut Trudeau. Institut ini merupakan institut yang dilantik khusus oleh kerajaan Amerika dalam penyelidikan vaksin bersama Kementerian Pertahanan Amerika. Pada 1 Oktober 2008, Presiden Bush telah mengeluarkan suatu dana yang amat besar iaitu USD1.6 juta, khusus untuk menampung kos penyelidikan pemvaksinan. Dengan wang sebanyak itu, Institut Trudeau dan saintis-saintis USNavy telah diarahkan bekerjasama oleh kerajaan Amerika untuk membangunkan satu vaksin jenis Pandemic Influenza. Vaksin ini khusus dalam pencegahan kepada sebarang bentuk selsema yang dibawa oleh binatang… Usaha sama antara Institut Trudeau dan US Navy ini dilaporkan sendiri di dalam buletin Institut Trudeau pada Oktober 2008.

Amerika Dalang Wabak Selsema Babi

Seperkara yang perlu kita teliti, sekiranya suatu vaksin yang berkaitan selsema telah dibangunkan pada 1 Oktober 2008, apakah ada kemungkinan kerajaan Amerika telah pun mengetahui bahawa Selsema Babi akan berlaku? atau mereka sendiri yang meranang sebaran wabak itu? Kerajaan Amerika amat disyaki sebagai dalang bagi penyebaran wabak ini. Jika tidak masakan Presiden Institute Trudaeu, Dr. David Woodland boleh mengeluarkan kenyataan di bawah pada suatu sidang akhbar sempena Hari Anugerah Perubatan pada 1 Oktober 2008; “Clearly we have a consensus that there is significant concern regarding the possibility of another pandemic occurring,” Jika sekiranya ada di antara rakyat Amerika sendiri yang telah mati kerana Selsema Babi, apakah pula faedahnya bagi kerajaan Amerika menyebarkan Selsema Babi ini?

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 2)

Pada 1 Oktober 2008 lepas, Dr. David Woodland dengan secara tidak sengaja telah memberitahu dia menjangkakan bahawa sejenis wabak selsema kemungkinan akan menyerang masyarakat dunia. Kenyataan itu tidak popular ketika itu kerana dunia sudah lupa dengan isu selsema burung.

Namun, kenyataan itu berjaya dihidu sebagai “agenda tersembunyi” oleh seorang penyiasat konspirasi terkenal dari barat iaitu David Icke. Beliau percaya kenyataan Woodland ada agenda tersembunyi yang boleh membangkitkan kesangsian pada masa depan.

Melalui forum konspirasinya itu, Icke cuba mempertikaikan mengapa kerajaan Amerika beria-ia menyumbang dana yang begitu besar dalam penyelidikan wabak selsema.

Pembinaan Senjata Biologi

Jika seseorang individu boleh mencipta vaksin bagi sesuatu virus, sudah pastilah individu tersebut tahu segala selok-belok pembiakan virus tersebut. Maka kerja-kerja untuk menyebarkan virus selsema adalah lebih mudah dari membina vaksin.

Indvidu seperti Dr. Ralph Steinman disyaki sebagai salah seorang yang terlibat secara aktif dalam agenda tersembunyi ini iaitu penyelidikan dan pembinaan senjata biologi ini.

Ralph Steinman disyaki kerana kerja-kerja beliau dibantu oleh saintis- saintis dari pasukan US Navy. Steinman mempunyai ramai pakar-pakar di makmal Universiti Rockefeller tetapi arahan dari Bush untuk bekerjasama dengan saintis-saintis tentera amat meragukan. Tambahan pula makmal Institute Trudeau berada di lokasi yang sama dengan makmal US Navy iaitu di Saranac Lake, New York.

Amerika adalah antara negara yang paling berminat dalam pembinaan senjata biologi sejak 1918 lagi. Keinginan Amerika dalam pembinaan senjata biologi ini menyebabkan kerajaan Amerika menghabiskan lebih USD700 juta sejak zaman Presiden Franklin D. Roosevelt.

Pembinaan bioweapons dilihat sebagai satu-satunya cara bagi menghadapi kekuatan negara-negara luar khususnya negara Islam. Senjata biologi tidak memerlukan peperangan, ia hanya memerlukan seorang atau dua orang meletakkan sebaran tersebut di tengah-tengah orang ramai.

Walaupun Presiden Amerika, Richard Nixon telah mengumumkan penamatan sebarang projek penyelidikan pembinaan senjata biologi pada 1969, itu semua merupakan helah semata-mata. Tindakan Nixon dilihat seperti seorang pencinta alam.

Kita perlu sedar bahawa pengumuman yang dibuat pada 25 November 1969 itu adalah satu helah. Ini kerana pembatalan projek yang sudah menelan lebih USD700 juta secara mengejut amat menghairankan banyak pihak. Analisis kebanyakan penganalisis politik bahawa Amerika akur dengan Protokol Geneva tidak boleh diterima pakai. Memang Amerika menandatangani tetapi, membatalkannya secara mengejut menimbulkannya
tanda-tanya.

Pandangan kami ialah, pembatalan program bio weapons pada 1969 adalah helah untuk pembinaan senjata biologi pada masa depan. Ini kerana, National Security Advisor bagi Presiden Richard Nixon ketika itu ialah bapak peperangan Yahudi, Dr. Henry Alfred Kissengger.

Pembukaan Semula Program Senjata Biologi

Semenjak berlakunya kejadian 11 September 2001, Amerika mempromosi sepenuhnya istilah “terrorism”. Bagi kes senjata biologi, istilah ini digunakan dimanipulasi oleh pentadbiran George Bush bagi mendesak US Senate membenarkan pembukaan semula Biological Weapons Programme (BWP) yang ditutup oleh Ricahrd Nixon.

Senat bersetuju dengan usul pentadbiran Bush atas alasan kemungkinan pengganas menggunakan senjata biologi dalam serangan-serangan gerila.

Kes sebaran Antrax, Selsema Burung dan kini Selsema Babi sentiasa digembar-gemburkan dengan pengganas walaupun ia direka-reka. Amerika sehingga hari ini bertindak seperti biasa untuk mencari alasan membuka Program Senjata Biologi mereka.

Kaedah yang digunakan adalah sama iaitu menyebarkan wabak, mengorbankan beberapa nyawa di Amerika, kemudian membuat teori kemampuan pengganas menggunakan senjata biologi. Dan teori itu dipopularkan sepenuhnya melalui artikel-artikel dan forum-forum di televisyen dan akhbar.

Kesimpulan
Walaupun selsema babi itu kelihatan seperti serangan alam, tetapi ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan bagi kepentingan pihak tertentu. Amerika adalah antara negara yang paling cepat bertindak dalam sebarang kes selsema di dunia.

Amerika adalah negara yang paling cepat mendapat vaksin bagi kes-kes selsema sebelum ini. Amerika juga adalah antara negara pelik. Setiap kali berlaku isu selsema di dunia, maka setiap itulah pasukan tenteranya menerima peruntukan tambahan.

Kes Anthrax dan Selsema Burung sahaja telah menyebabkan;

* Biodefense Medical Research and Development menerima peruntukan USD1.6 juta setahun sejak 2003
* Program baru National Biodefense Analysis and Countermeasure Center dibentuk.
* 600,000 orang tentera Amerika diberi imunisasi bagi menahan serangan wabak selsema tetapi rakyat Amerika tidak diberi.

Isu selsema babi amat sesuai dengan kenyataan White House sendiri pada 28 April 2008 yang menyebut;

“Bioterrorism is a real threat to our country. It’s a threat to every nation that loves freedom. Terrorist groups seek biological weapons; we know some rogue states already have them…. It’s important that we confront these real threats to our country and prepare for future emergencies.”

Konspirasi Wabak Selsema Babi (Bahagian 3)

Kita telah pun meneliti akan teori-teori dan fakta yang boleh membawa kita memahami siapakah dalang-dalang di sebalik penyebaran wabak selsema babi. Kita juga mungkin boleh meramalkan adakah wabak ini merebak dengan sendirinya atau ianya direbakkan oleh pihak tertentu?

Namun demikian, ada satu pihak lain yang lebih mencurigakan secara tidak sengaja telah membongkar dalang di sebalik merebaknya wabak selsema babi.

Kemungkinan Israel dalang sebenar wabak Selsema

Pada 26 April 2009, kenyataan bekas Pengarah Strategik Israel National Security Council (INSC) iaitu Giora Eiland telah mengejutkan banyak pihak khususnya penyiasat-penyiasat konspirasi. Beliau berkata dengan penuh yakin;

“I will say that Israel has the best solution to this threat in the world,”

Menurut akhbar Jerusalem Post lagi, Eiland juga memberi isyarat bahawa Israel amat serius dalam program Bio-defense atau Senjata Biologi. Eiland menambah dengan mengatakan;

“I can say with certainty that Israel has prepared a series of steps designed to deal with biological warfare.”

Kenyataan Eiland itu boleh menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori kerana ia dibuat dalam suasana masyarakat dunia baru sahaja berhadapan dengan kes Selsema Babi. Sedangkan kenyataan yang Eiland keluarkan seolah-olah mereka sudah pun mengetahui bahawa wabak selsema itu akan merebak.

Bukan sahaja kenyataan Eiland yang menimbulkan tanda tanya, tetapi statusnyanya sekarang sebagai bekas pengarah amat diragui. Sepatutnya kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengarah sekarang iaitu Prof. Uzi Arad yang juga bekas perisik Mossad.

Giora Eiland merupakan pengarah pada tahun 2005-2006, sekiranya kenyataan Eiland mendahului kenyataan Arad, maka tidak syak lagi pembinaan vaksin untuk wabak ini telah pun berlangsung pada zaman beliau menjadi pengarah INSC.

Siapa sebenarnya Giora Eiland?
Jeneral Mejar Giora Eiland merupakan warganegara Israel yang telah berkhidmat dengan Israel Defense Forces (IDF) lebih 34 tahun. Pada 1999, beliau secara rasminya telah dinaikkan pangkat ke status Jeneral Mejar dan diamanahkan sebagai Pengarah Operasi IDF.

Giora Eiland adalah antara individu yang amat berpengaruh di dalam setiap perencanaan dasar peperangan Israel dan Palestin selain Ehud Barak. Beliau juga merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam program pembinaan Senjata Biologi di Israel.

Pada 4 Mei 2009 (Isnin) baru-baru ini, akhbar Los Angeles Times melaporkan hakim mahkamah tinggi Sepanyol iaitu Fernando Andreu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mahkamah tinggi Sepanyol akan meneruskan siasatan terhadap jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh 7 orang pegawai tentera Israel berkenaan pengeboman orang awam di Gaza.

Program Pembinaan Senjata Biologi Israel
Program senjata biologi Israel bukan satu program baru dan ianya langsung tidak berpaksikan alasan kejadian 11 September 2001 di New York. Tarikh itu adalah kepunyaan Amerika sebagai modal menjaja akta-akta keselamatan negara khususnya dalam mendapatkan peruntukan membina senjata biologi.

Dalam permulaan pembinaan senjata biologi, Israel menggunakan alasan berbeza daripada Amerika. Alasan yang digembar-gemburkan di media- media antarabangsa ialah peristiwa Holocaust.

Istilah “holocaust” bukan sahaja dibina untuk memalsukan sejarah Israel tetapi ia berfungsi untuk menjadi modal kertas-kertas kerja kementerian pertahan Israel dalam meyakinkan masyarakat Israel sendiri terhadap sebarang persediaan perang.

Pada 1948, Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion telah melancarkan satu program pertahanan jangka panjang iaitu program pembinaan senjata biologi.

Program itu dibina atas dasar memastikan peristiwa Holocaust tidak berlaku lagi kepada masyarakat Yahudi dan ia juga dijadikan alasan sebagai melindungi Israel dari ancaman pengganas.

Langsungan dari propaganda itu, Ben Gurion telah menubuhkan Israel Institute for Biological Research (IIBR) pada 1952. Individu pertama yang diberi tanggungjawab mengendalikan penyelidikan-penyelidikan di IIBR ialah Prof. Ernest Bregmann.

Keunikan IIBR ialah, institut ini diletakkan terus bidang kuasanya di bawah Perdana Menteri Israel disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pertahanan. Kini, IIBR mempunyai lebih dari 150 saintis yang berkerja di dalamnya.

Kerapuhan Sistem Keselamatan Israel
Walaupun Israel maju dalam pembinaan sistem pertahanan dan teknologi yang cangih, namun ia masih tetap rapuh dan merisaukan banyak pihak di Israel. Pada 1983, bekas Pengarah IIBR iaitu Marcus Klingberg telah ditangkap kerana disyaki menjadi perisik kepada Soviet Union. Namun begitu, penangkapannya dirahsiakan oleh pihak Israel sehinggalah ianya didedahkan pada 1998.

Kerapuhan ini menimbulkan satu tanda tanya, bagaimanakah pihak Israel tidak sedar mereka telah melantik perisik di dalam organisasi sulit mereka iaitu IIBR.?

Persoalan kedua, sekiranya kerajaan Soviet Union mengarahkan perisiknya menyamar sebagai pegawai atasan IIBR, maka sudah pastilah IIBR adalah satu unit kecil yang menjadi ancaman besar kepada dunia. Jika tidak masakan Soviet Union mengambil berat tentang IIBR.

Kes terbaru yang berlaku di Israel baru-baru ini pula amat meyakinkan kita bahawa IIBR adalah punca penyebaran pelbagai wabak selsema selain dari Amerika. Pada 20 April 2009, seorang lagi bekas saintis IIBR ditangkap iaitu Dr. Yehoshua Gozas oleh unit keselamatan kementerian pertahanan Israel.

Gozas disyaki telah membocorkan beberapa maklumat rahsia dari IIBR dan kini ia masih ditahan di Tel Aviv. Sehingga sekarang kerajaan Israel tidak mendedahkan dengan siapakah Gozas bekerja.

Kesimpulan
Penyebaran wabak selsema burung, antrax dan selsema babi sekarang ini telah mentakrifkan tujuan tindakan Soviet Union mengintip IIBR sejak 26 tahun dahulu. Pengintipan Soviet Union terhadap IIBR, kes penangkapan Gozas dan kenyataan Giora Eiland dilihat relevan dengan teori bahawa;

“Israel adalah dalang pelbagai wabak dunia.”

Kami amat pasti bahawa ada sesuatu yang dilakukan oleh IIBR yang menjadikan negara lain berebut-rebut menyelongkar rahsia-rahsia di dalamnya dalam apa jua cara sekali pun.

Dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu kejadian dan perancangan Allah itu sentiasa benar dalam membatalkan segala niat jahat makhluk-makhlukNya.

Wallahualam

Teori Penguasaan Oleh Dajjal

Hadith Berkaitan

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. “Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi…”

Keupayaan Dajjal

Keupayaan Dajjal dapat diringkaskan seperti berikut:

  • Dapat mengarah langit menurunkan hujan secara spontan
  • Dapat mengarahkan bumi mengeluarkan tumbuh-tumbuhan
  • Dapat menyebabkan tanam-tanaman dan binatang ternakantidak menjadi.

Nabi Muhammad SAW telah menjelaskan keupayaan Dajjal yang amat dasyat ini adalah tergolong dalam bentuk “fitnah” paling besar di akhir zaman kelak. Keupayaan Dajjal mengalihkan perjalanan hukum bumi dari Barat ke Timur diakui oleh Nabi dalam banyak hadith-hadith sahih yang diriwayatkan oleh banyak imam-imam yang muktabar.

Sebagai umat Islam adalah wajib kita mengimani apa yang dinyatakan Rasulullah SAW, disamping itu wajarlah kita meluaskan ruang pemikiran kita tentang keupayaan Dajjal yang paling hebat ini.

“Menerbitkan Matahari Dari Barat”

Teori 1 : Pembinaan Mega Studio Tanpa Dinding dan Wayar

Pelan kasar penyelidikan untuk mengalihkan peredaran bumi sudah dilakar sejak beratus tahun. Cuma hasil dan kemajuannya baru nampak kini. Konsep utama teknologi gelombang satelait enam penjuru dapat dilihat pada logo fahaman Cabbala atau ritual ibadat gerakan Illuminati.

Pengalihan Hukum Peredaran Bumi

Bumi berputar setempat dengan kelajuan 1000 km/j dari arah Timur (terbit matahari) ke arah Barat (terbenam matahari) dan melakukan pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 65,000 km/j. Dengan kelajuan yang luar biasa itu amat menakjubkan objek-objek dibumi tidak pula terpelanting keluar. Objek di bumi pula ditarik rapat ke bumi dengan bola graviti yang berada di tengah-tengah perut bumi.

Untuk membuatkan bumi berputar ke arah berlawanan maka 3 perkara perlu dilaksanakan iaitu Menghentikan Putaran, Memutarkannya Semula dan Mengekalkan Putaran.

Penulis percaya bahawa hukum ini tidak boleh dipecahkan kerana ia sudah masuk peringkat kiamat akhir. Dajjal menyedari hal ini (Dajjal juga mengkaji “al-Quran” untuk tujuan memesongkan umat Islam), dan si laknat itu masih mahu meneruskan hawa nafsunya yang sering mendesaknya menandingi kuasa tuhan. Dia mahukan kuasa seperti tuhan, dia mahu kuasa menurunkan hujan, kemarau, ribut, banjir, gempa bumi berada di tangannya.

Jalan yang paling mudah ialah membina studio besar tanpa dinding yang boleh menggerakkan sesuatu unit sebagai agen tiruan. Unit-unit tiruan itu ialah awan tiruan, langit tiruan, matahari tiruan, kilat tiruan, puring beliung tiruan dan bermacam-macam lagi lagi perkara tiruan. Ingatkah kita kepada pesan Rasulullah SAW dan nabi-nabi sebelumnya iaitu “berwaspadalah dengan fitnah-fitnah yang dibawa oleh Dajjal”. Pernahkah kita mengkaji perkataan fitnah itu. Apakah takrifan bagi fitnah? Kenapa nabi tidak mengguna perkataan menyerang ataumemaksa atau membunuh?

Kita tinggalkan dahulu perkataan FITNAH itu (akan dibincangkan di bab yang lain).

Semua unit-unit tiruan ini perlu disediakan di seluruh bumi (mustahil juga, mampukah Dajal berbuat demikian?). Selepas disediakan, unit-unit ini mestilah telah siap dipasang di sesuatu tempat agar mudah Dajjal mengarahkan cuaca berubah melalui arahan suara. (rujuk artikel rumah pintar, arahan melalui suara).

Dengan tersedianya semua unit tiruan ini, maka Dajjal akan mudah ke mana-mana tempat untuk dia berdakwah, yakni dalam erti kata lain, dimana-mana sahaja dia berada maka Si Laknat itu mampu memberikan arahan kepada “medium elektronik yang siap dipasang”, dan berlakulah keadaan cuaca seperti yang dikehendaki. (Rujuk artikel berkenaan “Rumah Salji” di Malaysia)

Pelan Persediaan Unit-Unit Tiruan oleh Dajjal

Pelan tindakan menyediakan semua perkakasan-perkakasan amat kompleks dan memerlukan suatu perancangan yang rapi. Ini termasuklah memastikan setiap penjuru bumi dilengkapi kelengkapan yang canggih, yang mana kelengkapan itu berupa suatu bentuk yang tidak disedari manusia bahawa ia adalah kelengkapan pembinaan studio gergasi.

Pembinaan studio gergasi ini harus dilakukan tanpa disedari manusia akan cara ia berfungsi agar Dajjal dapat menipu (memfitnah) semua manusia bila ia keluar nanti. Sebelum melaksanakan tugas besar ini, yang obejktifnya adalah “Dajjal mampu mewujudkan cuaca, mengalihkan matahari, kesuburan tanah dan ternakan“, suatu bentuk eksperimen perlu dijalankan secara kecil-kecilan (pilot project).

Lokasi terbaik melakukan eksperimen ini ialah studio Hollywood yang serba canggih itu yang menjadi syurga semua manusia tanpa iman dalam dunia. Kita sudah sedia maklum akan siapa Lembaga Pengarah Hollywood iaitu seorang Yahudi yang ekstremis.

Hollywood amat sesuai untuk suatu projek percubaan sebelum suatu projek sebenar berjalan. Menyelami projek percubaan (trial project) amat penting bagi kita kerana kunci projek mega Dajjal untuk menjadi tuhan akan terbongkar sedikit demi sedikit.

Ya! Benar ada yang mengatakan “Buat apa susah-susah nak fikir, biarlah semua tu terjadi, Dajjal memang akan muncul, Allah dah tetapkan, kita tak boleh buat apa. Kalau kita tahu rahsia Dajjal sekali pun Dajjal tetap akan menjadi orang jahat dan menentang Nabi Isa dan Imam Mahdi.” Ya benar, ianya semua takdir Allah. Jika itulah hujah yang kita guna untuk tidak mahu berfikir dalam hal ehwal Dajjal maka hujah di bawah ini adalah lawannya.

Menaiki motosikal dalam keadaan tidak bertopi keledar adalah amat bahaya dan semua orang mengetahuinya. Jika jadikan ‘takdir’ sebagai alasan untuk tidak mahu berfikir mengapa kita memakai topi keledar semasa menunggang motosikal, polis bukannya ada selalu di jalanraya, bukankah jika Allah berkehendak untuk ia mati, di mana pun ia boleh mati. Oleh sebab itu, jika orang bertanya kepada kita “Ali mengapa tidak memakai topi keledar, bahaya nanti boleh mati? Kita sepatutnya menjawab “Takpelah Mat, mati adalah takdir tuhan”. Tetapi realitinya kita tidak menjawab begitu malah kita sendiri memakai topi kerana takut mati atau cedera. Tindakan memakai topi adalah tindakan berjaga-jaga agar kita “tidak ditakdirkan dalam golongan yang tercedera”.

Samalah juga dalam hal ehwal Dajjal, berfikirlah untuk tidak tergolong dalam kelompok yang termakan fitnah Dajjal.

Berbalik hal studio mega tadi, kita perlu melihat statistik studio Yahudi ini dalam menghasilkan filem-filem berkaitan keadaan cuaca, perubahan alam, gempa bumi, ledakan nuklear, banjir dan sebagainya. Perkara yang perlu dikaji ialah;

  • bilangan filem yang dihasilkan.
  • Siapakah pengarah dan penulis skrip (adakah mereka anggota illuminati atau freemason atau kelompok rahsia lain atau sekurang-kurangnya mereka berbangsa Yahudi seperti Steven Spielberg)
  • Melihat plot atau kronologi cerita tersebut.
  • Konsep yang digunakan dalam mencetuskan bencana alam tiruan.